If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Monday 27 May 2013

SEKOLAH DI HOSPITAL

Dua hari menemani Nadhila di hospital, sakit kaki. Sebenarnya sakit kakinya itu normal, iaitu apa yang diistilahkan oleh para doktor sebagai "growing pains":-

Growing pains are aches or pains in the legs that occur in the evening or at night and affect children aged between 4 and 12. Although they can be distressing, growing pains are harmless and only a phase. -NHS

Namun bagi memuaskan hati dan mengelak perkara yang tidak diingini, maka saya bawa juga dia untuk pemeriksaan lanjut di hospital. Namun apa yang ingin saya ceritakan di sini sebenarnya bukanlah tentang sakit kaki itu, tetapi mengenai sesuatu yang sangat menarik yang saya dapati di wad kanak-kanak hospital disini iaitu "sekolah di hospital".

Semua kanak-kanak sekolah rendah dan menegah yang berada di dalam wad dijemput menghadiri kelas. Seorang guru akan bertugas mengajar mereka. Biasanya mereka akan diajar subjek matematik di samping satu atau dua game minda. Kanak-kanak ini akan diberi latihan matematik mengikut tahap. Guru akan membimbing dan menerangkan apa yang masih belum difahami.  Nadhila sendiri sangat gembira berpeluang belajar di hospital.


Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha yang sangat baik dan patut dicontohi oleh hospital di negara kita. Sekurang-kurangnya masa kanak-kanak ini diisi dengan sesuatu yang bermanfaat sementelahan mereka ketinggalan hari-hari persekolahan, Masa dua jam satu hari sudah mencukupi kerana kanak-kanak ini tidak sihat dan memerlukan rehat yang banyak. Guru-gurunya pula digilir-gilirkan, Saya tak pasti samaada guru-guru tersebut adalah guru-guru sekolah yang dipinjamkan atau volunteers. 


Mungkin di negara kita kerajaan boleh menawarkan pekerjaan sebegini kepada para graduan yang masih menganggur. Sekurang-kurangnya mereka ada pengalaman dan pendapatan sementara mendapatkan pekerjaan tetap.


Perkara yang baik perlu dicontohi......


2 comments:

  1. salam..kebetulan sy terjumpa blog puan..sy sedang buat assgmnt tentang sekolah dlm hospital..hanya nk share..malaysia mmg dh ada 'sekolah dalam hospital'..setakat tahun ni (dec 2015) ada 13 buah SDH telah ditubuhkan..maybe KPM n KKM akan berusaha utk ujudkan SDH di smua hosptal daerah.. dan guru2 yg mengajar di SDH di malaysia merupakan guru2 sisazah yg bukan sahaja sekurang2nya ada degree dlm subjek masing2 malah ada sijil ikhtisas (pendidikan)..asalnya guru2 ni merupakan guru2 di sekolah rendah/menengah KPM tetapi telah diberikan latihan khusus utk mengajar di SDH.. sebenarnya ramai org masih x tau kewujudan sekolah ni..mungkin hanya guru2 dan ibu bapa yg anaknya sakit dan pernah menghadiri SDH je yg tau :)

    ReplyDelete