If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans

If I Had My Child to Raise Over Again by Diane Loomans
If I had my child to raise all over again,
I'd do less correcting, and more connecting,
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more,
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power and more about the power of love.

Saturday 29 May 2010

MUSIM BUNGA PERTAMA - Kami ke Ushaw College

USHAW COLLEGE, DURHAM UNIVERSITY
26 MEI 2010



Ushaw be developed as an Institute for mission providing formation and education for seminarians, clergy, religious and lay people.

Ushaw College kepunyaan Durham University, adalah sebuah  kolej bagi melatih paderi-paderi katolik yang akan meneruskan aktiviti gereja kristian katolik di seluruh dunia. Di sini juga diadakan pelbagai seminar, penyelidikan dan sebagainya yang berkaitan dengan agama mereka.

Apa yang menarik adalah taman di sekeliling kolej ini yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni. Namun saya kurang pasti apakah jenis bunga yang kembangnya cantik dan menarik sekali!
Merimbun........



Berwarna-warni......

Seronoknya melihat keindahan alam yang dihiasi bunga-bungaan.........MaasyaAllah!


Ini pula jalan menuju ke kolej tersebut; terpelihara dan dijaga dengan rapi. Beginilah keadaan dan suasana gereja, setakat ini saya telah melawat beberapa gereja di Prague, Vienna dan Durham ini. Saya lihat mereka amat mementingkan kebersihan dan kerapian samaada di dalam gereja mahupun kawasan luarnya. Kita bagaimana?.....Masjid Wilayah pun cantik juga yek!.......

Kami tak masuk ke dalam gereja coz masa tu sudah pukul 7.45 petang. (Sekarang pukul 9.00 pun masih cerah sebab maghrib masuk pukul 9.30 malam). Lagipun saya dah 'tak lalu' nak masuk ke gereja lagi,.......dah muak!
BYE!


Friday 28 May 2010

Thursday 27 May 2010

BILA IBU HILANG SABAR

Dari Blog Anakkusayang: Bicara Pendidikan Anak


Kehidupan bersama si manja biasanya dipenuhi dengan pelbagai “peristiwa”. Baik peristiwa yang mengembirakan, mencuit hati, bahagia, mahupun peristiwa yang menyebabkan kita “terlepas” segala-galanya.

Semua ibubapa akan merasai satu ketika mereka “hilang sabar” dengan anak-anak. Sekiranya tidak pernah, mungkin anda masih kurang bersama mereka.

Bagi saya sendiri, ianya adalah suatu perkara yang berulang kali, mungkin beberapa kali dalam sehari, atau setiap beberapa hari sekali, atau mungkin beberapa minggu sekali. Keadaan “hilang sabar” memang meresahkan para ibubapa dan turut memberikan kesan negative kepada anak.

Seorang ibu atau bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak, apabila berada di dalam situasi “hilang sabar” itu terkadang secara tak sengaja akan bertindak “tidak bijak” seperti marah yang terlampau, memukul anak lebih dari sepatutnya, memarahi anak dengan suara yang kuat, malah ada yang sehingga menghukum anak dengan keterlaluan.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai beberapa tips mudah untuk mengelakkan, mengurangkan, atau paling tidak sekiranya berlaku, bagaimana untuk menenangkan diri kembali dengan cepat.

1.    Ikhlaskan niat

Segalanya kembali kepada niat dan kebergantungan diri kita kepada Allah SWT. Anak adalah anugerah dari Allah SWT buat kita. Kita cuma dipertanggung jawabkan untuk mendidik mereka dengan baik. Adapun apa hasilnya kita kembalikan kepada Allah SWT.

Bahkan anak seorang nabi pun belum tentu terjamin keimanan mereka, apatah lagi anak kita, seorang manusia yang serba kekurangan dan banyak dosa. Kembalikan semuanya kepada Allah. Cuma pastikan dihadapan Allah nanti kita boleh menjawab, “Ya Allah, aku telah melakukan semampu aku, adapun sesuatu yang aku tidak mampu, maafkanlah aku ya Allah.”

Apabila kita mempunyai minda seperti ini, maka apapun cubaan dan dugaan yang datang menimpa, kita akan tabah menghadapinya. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW, “Aku hairan melihat seorang yang beriman, sekiranya dia ditimpa kesenangan dia bersyukur dan merasakan ianya adalah kebaikan. Akan tetapi apabila dia ditimpa musibah dia bersabar, dan baginya musibah itu juga adalah sesuatu yang baik.”

2.    Rancang Pendidikan Anak

“If you fail to plan, you’re plan to fail”.
Perasaan “hilang sabar” biasanya berlaku apa bila kita buntu menghadapi masalah anak-anak. Pelbagai usaha dah dilakukan namun masih tidak berjaya merubah apa-apa. Mereka tetap berperangai sebegitu. Lama kelamaan ibu pun makin tertekan dengan perangai anak-anak sehingga melabelkan diri sebagai seorang yang gagal.

Di dalam keadaan tersebut, ibu bapa yang sudah tidak tahu bagaimana mahu bertindak, akan lebih mudah menggunakan kekerasan, suatu jalan “short-cut” dalam mendidik anak. Kerana ianya kelihatan “berkesan” dengan serta-merta.
Berlainan dengan ibu bapa yang sudah pun mempersiapkan diri mereka dengan ilmu keibubapaan, mereka lebih kebal terhadap tindakan anak-anak. Mereka sudah mengenal tabiat seorang kanak-kanak dan di dalam minda mereka sudah ada perancangan, bagaimana menangani setiap satu masalah yang menimpa.

Mereka lebih tenang, lebih bersabar dan lebih bertindak rasional. Akhirnya anak pun turut belajar bagaimana mempunyai sikap yang sama. Suatu pepatah mengatakan,
“Memanah tanpa sasaran, takkan pernah tepat”
Sekiranya kita tiada tempat tujuan, perjalanan kita tak akan pernah tamat. Satu perjalanan yang cantik adalah perjalanan yang dilalui dengan peta yang sudahpun di hadam baik oleh pemandu. Mereka yang menghabiskan sedikit masa memerhatikan peta sebelum mula berjalan dapat menjimatkan banyak masa, berbanding orang yang tidak menggunakan peta kemudian tersesat jalan.

Bina peta tersebut untuk pendidikan anak anda. Dalami ilmu sebelum tersilap langkah. Pesan nabi, “Sekiranya kamu menginginkan dunia maka cari lah ilmu, sekiranya kamu menginginkan akhirat maka carilah ilmu. Dan sekiranya kamu menginginkan keduanya juga, maka carilah ilmu.”

3.    Ingat yang mereka adalah kanak-kanak

“Hilang sabar” biasanya berlaku apabila anak tidak bertindak sebagaimana yang kita harapkan. Kita mengharapkan mereka membesar dalam suasana yang baik, dipenuhi keperluannya, didberi pendidikan dan suasana yang baik, lalu mereka akan membesar menjadi anak yang baik dan mendengar kata.  Kemudiannya anak nantilah yang boleh diharap menjaga adik-adiknya, membantu kerja-kerja rumah, dan menghiburkan kita.
Namun yang terjadi sebaliknya, anak kuat mengamuk, selalu meminta-minta sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, liar, buas dan sukar dikawal. Keadaan rumah yang tenang tatkala kita masih cuma berdua, kini sudah lama tak dirasai.
Perumpamaannya adalah seperti dialog ini,
“Kenapalah kamu ni selalu berperangai macam budak-budak! Langsung tak boleh diharap!” Marah ibu.
“Sebab saya memang budak-budak!”dijawab kembali oleh anak.
“oh ye ke…”

Mungkin sudah masanya kita kembali meneliti harapan kita terhadap anak-anak. Ibubapa memang biasanya menaruh harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka. Mengharap anak kita adalah anak istimewa yang mampu buat apa sahaja dan menjadi orang yang apling sempurna.
Sedangkan kanak-kanak adalah kanak-kanak. Untuk mengawal saraf dan otot mereka sendiri pun masih belum mahir, apatah lagi mengawal emosi dan keinginan, suatu yang kebanyakan orang dewasa pun masih tak mampu kawal dengan baik.

Mereka baru hidup beberapa tahun, dengan ilmu dan pengalaman yang begitu cetek, bagaimana mungkin mereka dapat menjadi seorang yang matang? Mereka cuma seorang kanak-kanak. Hadapilah mereka dengan sikap memaafkan dan berlemah lembut.

Insya’allah dengan 3 petua tadi, kita akan lebih mudah mengurangkan atau menjarangkan keadaan “hilang sabar” berlaku, dan seterusnya keadaan rumah tangga lebih harmoni dan bahagia.

Wednesday 19 May 2010

KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR

ALLAH IS GREAT!

MATA



MATA, dari mata turun ke hati, begitulah kata pujangga kita. Peranan mata amat penting sekali, lantaran kebanyakan perkara bermula dengan penilaian di mata. Mata boleh membawa pahala, mata juga boleh mendorong kepada dosa.

Kata  pujangga Arab pula:
NAZRUN, FABTASIMUN, FASALAAMUN, FAKALAAMUN, FAMAUIDUN, FALIQAAUN!
Maksudnya : Berpandangan, maka memberi senyuman, berkirim salam,  bercakap-cakap (telefon kot!), membuat janji, kemudian bertemu!. 

Begitulah penangan mata, lantaran itulah Allah SWT telah memberi amaran dan peringatan terhadap empunya mata seperti yang termaktub dalam surah an-nuur. (Sebahagian daripada artikel ini adalah perkongsian daripada blog rezkilesus.(http://rizkilesus.wordpress.com.))

Allah SWT berfirman dalam Surah An-Nuur, ayat  30 dan 31:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka,........(ila akhirul ayat)

Ayat ini turun ketika Nabi SAW  memalingkan muka anak pamannya yang bernama al-Fadhl bin Abbas, daripada melihat wanita Khats’amiyah pada waktu haji, kerana Baginda melihat al-Fadhl berlama-lama memandang wanita itu. Dalam suatu riwayat disebutkan bahwa al-Fadhl bertanya kepada Rasulullah SAW, “Mengapa engkau palingkan muka anak pamanmu?” Baginda SAW menjawab, “Saya melihat seorang pemuda dan seorang pemudi, maka saya tidak merasa aman akan gangguan syaitan terhadap mereka.

Perintah dalam ayat tersebut adalah menundukkan sebahagian pandangan (ghaddhul bashar) ketika berurusan antara lelaki dan perempuan. Pada zahirnya bermaksud sekiranya kita berbicara dengan kaum yang berlainan jenis maka hendaklah kita tunduk, jangan memandang kepada mereka. Namun sebenarnya tidaklah begitu. Hal ini sama dengan menundukkan suara seperti yang disebutkan dalam al-Quran; waghdhud min shautiq "dan tundukkanlah/rendahkanlah sebahagian suaramu" (Luqman: 19). Di sini tidak bererti kita harus menutup mulut sehingga tidak berbicara, tetapi berbicaralah dan bersuara sekadar yang perlu.


Apa yang dimaksud menundukkan pandangan, ialah menjaga pandangan, tidak dilepaskan begitu saja tanpa kawalan sehingga  membawa kepada zina mata, seperti asbabun nuzul ayat an-nuur di atas;  Fadl bin Abbas telah berlama-lama memandang wanita itu.
Pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain dan tidak mengamat-amati kecantikannya dan tidak lama menoleh kepadanya serta tidak melekat pandangan kepada yang dilihatnya itu.
Oleh karena itu pesan Rasulullah kepada Saidina Ali:
“Hai Ali! Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pada pandangan pertama, adapun yang berikutnya tidak boleh.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi).
Rasulullah s.a.w. menganggap pandangan liar (maksudnya dengan syahwat) sebagai zina mata.

Iman Ahmad bin Hanbal rahimahullah pula meriwayatkan;
Hendaklah orang yang berakal itu berwaspada dengan pandangan mata. Sesungguhnya mata, ketika melihat perkara yang haram, maka mata akan menilainya sebagai sesuatu yang paling indah, paling baik, paling sesuai dan paling utama dari sesuatu yang halal dan baik baginya. Berapa banyak pandangan yang membuatkan pelakunya menjadi gelisah.” (al-Furuu’)



Dalam buku Kebebasan Wanita,  Abu Syuqqah menyimpulkan, “adanya pertemuan antara laki-laki dan wanita mungkin menyebabkan timbulnya sikap saling memandang antara mereka. Namun, kejadian seperti itu tidak menjadi masalah sekiranya sepanjang pandang-memandang di antara mereka tidak didasarkan pada syahwat, serta keduanya sama-sama berniat untuk melaksanakan perintah menahan pandangan.”
Kondisi yang membolehkan kita memandang lawan-jenis adalah ketika tidak ada rasa kagum pada keindahan rupa parasnya dan tidak melihat auratnya. Jika dalam keadaan terpelihara, kita tidak dituntut untuk memalingkan muka (seperti Fadhl) atau pun diperintahkan untuk tidak melanjutkan pandangan (seperti Ali).


Diriwayatkan daripada Aisyah ra: Ketika itu adalah hari raya, dan pada waktu itu orang Habsyah sedang bermain lembing dan tombak. Entah aku yang meminta atau Nabi sendiri yang berkata kepadaku: ‘Apakah kamu ingin melihatnya?’ Aku jawab: ‘Ya.’ Maka aku disuruhnya berdiri di belakangnya [sehingga aku melihatnya]. (HR Bukhari)
Dalam hadits ini diisyaratkan bolehnya memandang lawan-jenis seraya mengagumi keahliannya atau sekurang-kurangnya menyaksikan penampilan dan kehebatannya.


Syaikh Yusuf Qardhawi dalam Fatwa Kontemporari mengatakan:
Yang dilarang dengan tidak ada keraguan lagi ialah melihat dengan menikmati (taladzdzudz) dan bersyahwat, karena ini merupakan pintu bahaya. Sebab itu, ada ungkapan, “memandang merupakan pengantar perzinaan.”
Jadi, memandang itu hukumnya boleh dengan syarat jika tidak disertai dengan kehendak “menikmati”.  Jika berlaku sedemikian, maka hukumnya haram. Karena itu, Allah menyuruh kaum mukminah menundukkan sebaghaian pandangannya sebagaimana Dia menyuruh laki-laki menundukkan sebahagian pandangannya.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda “Tidaklah seorang muslim melihat kecantikan seorang wanita kemudian ia menundukkan pandangannya, melainkan Allah akan menggantinya dengan ibadah yang dirasakan manisnya”.
 
Menundukkan pandangan mengandungi hikmah yang banyak, diantaranya ialah; ianya perintah Allah, melaksanakannya bererti membawa kesempurnaan iman dan kebahagiaan serta memberi ketenangan jiwa kerana hati jauh daripada gangguan syaitan yang suka menjadikan mata kita sebagai senjata mereka.


Mata yang selalu dijaga daripada melihat pekara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, tidak akan disentuh oleh api neraka, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; dua jenis mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka iaitu mata yang menangis kerana takutkan Allah dan mata yang berjaga kerana berjihad fi sabilillah.

Maka, marilah kita bersama-sama menjaga pancaindera yang dikurniakan Allah kepada kita ini agar ianya kembali menjadi modal untuk kita meraih keredhaan allah SWT.

MATA HATI-HIJJAZ:-

Sunday 16 May 2010

SELAMAT HARI GURU KAWAN-KAWANKU




Selamat Hari Guru buat kawan-kawan di sana. Sesungguhnya aku amat merindu suasana Hari Guru. Semestinya pada hari ini kawan-kawanku sedang dirai sebagai seorang guru, walaupun aku tahu di sebalik tabir keraian itu, kawanku jugalah yang letih berdiri dan sibuk berlari demi meriahnya sambutan di hari ini.



Sunday 9 May 2010

A MESSAGE ON MOTHER'S DAY

Salam,Dear Ummi,

A story for you,Mother

How wonderful is she that we seen. She did everything to us.She cook,she washes,she fold,she clean AND SHE PRAY TO US. She said in her du'a every year, every month, every week, every day and everytime..

"O Allah! Bless my love, my love,Iffah Nabiha...O Rabbi! Bless my dear, Ahmad Nabhan..O Rahmah! Bless my darling, Iffah Nadhila..O Rahiim!Bless my love, Ahmad Nusair forever,ever and ever.."

She wipes her tears. And said..

"O Allah! Thanks for giving me the rizk that can I let my children to eat everyday, and let me see my child...and met me patient to laugh when they did something that probably will hurt my feelings..O Allah...Give them health and receive them as your servant..Your soleh wa musleh slaves to you.."

Everytime that we saw her face, there is a light of a person who was always blessing by Rahman. Because of her hand, we can control ourselves from do something rude.From her face, will make us let our tears out..From her eyes, will destroy all of the Satan's strong to push ourselves into a bad behaviour.

Everytime..I wished to be an innocent person like her. She is my love. She is my heart. She is my strong. Without her,there is no myself at here..Nothing in my body...Nothing in my feel..

Now let me tell you who is her..

SHE, THE ONE THAT I'M PROUD IS YOU...MOTHER..

H4PpY m0tH3r'$ D4y..
M4y 4Ll4H Bl3$$ y0u 4Lw4Y$..

A story from,
Your lovely daughter.
Iffah Nabiha

Monday 3 May 2010

RAPESEED

Rapeseed Facts

Brassica napus Linnaeus—known as rapeseed, rape, oilseed rape, and in some cultivars, Canola—is a bright yellow flowering member of the Brassicacea family (mustard or cabbage family). It is a mustard crop grown primarily for its seed which yields about forty percent oil and a high-protein animal feed.












ALLAHUAKBAR!

Allah  yang Maha Besar, segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang menjadikan alam dan segala isinya yang penuh keindahan dan keajaiban.


Firman Allah dalam surah ali-Imran : 190 - 191:


إِنَّ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَـٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّہَارِ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (١٩٠) هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ (ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ١٩١
maksudnya:
                         Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.







TYNEMOUTH
 
TYNEMOUTH
 
TYNEMOUTH


TYNEMOUTH

TYNEMOUTH
 
SHERBURN
 

SHERBURN
 
BOWBURN
 

LAKE DISTRICT
 

LAKE DISTRICT
 

LAKE DISTRICT
 

LAKE DISTRICT